SUDAH HAMPIR 30 TAHUN!!
Saya bangun pagi ini...terdetik dalam hati kecil,
" Adakah aku betul-betul sayangkan diri aku? Apa bukti aku sayangkan diri aku?Adakah hidup ini seperti apa yang aku impikan suatu ketika dahulu? Adakah aku berusaha bersungguh-sungguh untuk 'design' hidup aku sendiri? Betul ke apa yang aku pilih sekarang?"
Kita adalah apa yang kita fikirkan, rasakan dan impikan. Bezanya sejauh mana kita yakin serta komited menggapainya
Saya seperti anda. Insan biasa punya impian dan cita-cita tinggi melangit!
Perjalanan hidup saya bermula seperti kanak-kanak lain. Dilahirkan sebagai satu-satunya anak perempuan dan anak terakhir dari empat adik beradik. Saya kira saya sangat bertuah kerana sering menjadi tumpuan keluarga besar samada sebelah emak mahupun sebelah ayah. Mempunyai seorang ibu dan ayah yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab. Kami empat beradik dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang. Ayah seorang pemandu di UKM. Manakala emak seorang surirumah yang bekerja dari rumah. Ada sahaja emak buat untuk bantu ayah menambah pendapatan kami anak-beranak. Antaranya mengambil upah menjaga anak-anak jiran, membuat kueh, jual sarapan dan macam-macam lagi. Sepanjang membesar saya lihat ayah sebagai seorang yang sangat penyanyang, lemah lembut, susah untuk marah, sangat jujur, disenangi ramai, gigih mencari rezki, tidak kenal erti penat lelah...sehingga beliau sering mendapat anugerah pekerja cemerlang di UKM. Saya bertuah punyai mereka. Betul-betul bertuah!
Sejak kecil ayah dan emak sangat bercita-cita melihat saya berjaya hingga ke universiti. Ayah menyimpan impian besar agar suatu hari nanti saya bisa menjadi seorang ahli akademik. Maklumlah, kerja ayah sering membawa pelajar universiti dan pensyarah ke sana ke mari. Ayah memandang tinggi kepada golongan seperti mereka. Bagi ayah golongan ini golongan berjaya dalam hidup.
" Zakiah...belajar rajin-rajin...jangan jadi seperti ayah. Ayah dulu pandai..tapi wan (nenek) tak da duit nak tampung masuk sekolah tinggi agama ni. .."
Itu yang ayah 'program'kan dalam subconcious mind saya dari dulu. Teringat dahulu ayah sering ulang dan cakap benda yang sama semasa saya menuntut di SMKA SHAMS, Seremban. Ada satu ketika terlihat air mata jernih mengalir ke pipi ayah.
Sekolah ini banyak mendidik jiwa saya. Terlalu banyak kenangan manis serta kejayaan saya terpahat di sini. Saya benar-benar rindu bi'ah solehah di sini...
Ya Allah...sungguh apa yang saya ada hari ini semua berkat dari doa yang tidak putus-putus dari mak ayah..Alhamdulilah..segulung ijazah berjaya saya genggam hadiah buat mereka. Namun, perjalanan hidup saya tak 'secantik' seperti yang mak ayah impikan.
Saya melalui fasa-fasa kehidupan yang saya kira mencabar serta mendidik saya menjadi lebih dewasa. Berkahwin di usia 23 tahun, masih tiada pekerjaan tetap dan masih belum sempat membantu menampung sepenuhnya belanja mak dan ayah. Saya kira, perjalan hidup saya selama 30 tahun ini sangat menguji saya (saya just go through..saya tak pernah terfikir sedalamnya...). Saya kira saya seorang yang sangat 'risk taker' dalam hidup saya. Banyak perkara yang orang lain rasa 'best' saya lepaskan. Pernah digelar tidak sabar dan 'bodoh' dek kerana melepaskan jawatan sebagai Pensyarah kontrak semata-mata mengikut suami posting ke Sarawak. Itu episod yang benar-benar mendidik saya. Berhijrah ke tempat orang memang mendidik jiwa.
Keramat hidup kami..Tanpa mereka, fasa 30 tahun hidup ini serta seterusnya tak akan bermakna!
Walau apapun,saya yakin segala cabaran, liku-liku hidup saya selama 30 tahun di muka bumi Allah ini penuh dengan hikmah. Saya yakin Allah tidak pernah meninggalkan saya walau sesaat! Dan..di saat saya menaip ini...sekali lagi...saya dan suami mengambil risiko yang saya kira besar dalam hidup kami, saya memilih menjadi WAHM (working at home mum) biarpun bergelar graduan siswazah yang layak menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan. Walaupun, niat asal melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana hanya untuk meraih pendapatan bulanan yang lebih tinggi (niat pun dah salah...). Namun, selama go through learning proses, it really 'woke up' me and my husband--nak cerita terlalu banyak!
Walau apa pun...saya yakin, tahun ini tahun rahmat buat kami..Saya yakin tahun ini bakal merubah hidup kami sekeluarga. Saya tak akan sia-sia kan peluang dan platform yang sudah tersedia di hadapan mata. WAHM: I prove that i can!
{Buatlah sesuatu kerana Allah...di awalnya Allah..di akhirnya Allah..}
No comments:
Post a Comment