"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada [sifat] pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, January 7, 2014

SINTETIK 'vs' NATURAL

Semasa saya dikenalkan dengan SHAKLEE dahulu, 'term' pertama yang bermain di fikiran ialah maksud sintetik. Walaupun background saya ialah biologi dan saya tahu apa itu maksud sintetik which is something yang tidak asli @ buatan, namun saya tidak punya lebih ilmu untuk terangkan lebih lanjut. Setelah membuat sedikit pembacaan, mari saya kongsikan serba sedikit mengenai apa yang dimaksudkan sintetik (synthetic).

APA ITU VITAMIN SINTETIK?

Vitamin dan mineral sintetik dihasilkan dengan bahan kimia dan tidak datang terus daripada sumber semula jadi mereka. Mereka adalah dibuat untuk meniru cara vitamin semulajadi bertindak dalam badan kita. Vitamin semulajadi diperolehi secara langsung dari bahan tumbuhan yang mengandungi vitamin, tidak dikeluarkan di dalam tabung uji (lab-based).

BAGAIMANA VITAMIN SINTETIK BERTINDAK?

Banyak vitamin sintetik kekurangan 'transporter' dan 'co-factor' (molekul yang membantu mempercepatkan sesuatu tindakbalas biokimia) berbanding dengan sumber asli vitamin kerana mereka telah diasingkan atau diklasifikasinkan sebagai "terpencil" (isolated). Persatuan Pengguna Organik menekankan  bahawa vitamin terpencil tidak dapat digunakan oleh badan dengan cara yang sama seperti vitamin versi asli. Vitamin terpencil selalunya tidak boleh digunakan oleh badan secara terus. Ia akan disimpan sehingga badan kita mempunyai nutrien yang diperlukan bagi membolehkan ia berfungsi dengan berkesan atau dikumuh dari badan. Vitamin sintetik juga tidak mempunyai mineral yang diperlukan bagi membolehkannya ia berfungsi sepenuhnya. Oleh itu, mineral yang diperlukan ini akan diserap terus dari badan kita. Keadaan ini boleh menyebabkan kemerosotan mineral yang boleh membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang.


Tahukah anda vitamin di pasaran boleh dilabelkan sebagai "'natural" dengan kandungan bahan semulajadi serendah 10%.


BAGAIMANA MENGETAHUI VITAMIN TERSEBUT SINTETIK?

Ada beberapa cara mudah untuk mengetahui samada vitamin yang dibeli sintetik atau benar-benar asli. Menurut Cheryl Myers cara-cara yang boleh kita lakukan ialah:

1) Pastikan vitamin tersebut tertulis '100% natural based' bukan sekadar  tertulis 'nature based'. Ini adalah kerana pengilang dibenarkan untuk melabel produk vitamin mereka sebagai semulajadi jika terdapat sekurang-kurangnya 10% daripada bahan di dalamnya.

2) Mencari senarai "food resources"  pada label produk. Jika label produk ini tidak mengandungi senarai sumber-sumber makanan semula jadi, maka produk tersebut adalah sintetik. Anatara sumber makanan ialah seperti yis, ikan, sayur-sayuran dan sitrus.

3) Mengenal pasti makanan keseluruhannya dalam senarai bahan bukan nutrien tertentu. Dr Ben Kim, seorang chiropractor dan acupuncturist menyarankan untuk melihat senarai makanan pada bahan-bahan yang mengandungi vitamin tertentu, seperti "serbuk ceri acerola," yang mengandungi vitamin C. Jika anda mengenal pasti ianya hanya tertulis "vitamin C "dalam senarai ramuan tersebut, berkemungkinan besar vitamin tersebut ialah sintetik.

4) Mencari bentuk apajua label yang menunjukkan jenis garam (salt forms) pada label produk tersebut. 'Salt forms' ini  ditambah ke dalam makanan tambahan untuk meningkatkan kestabilan vitamin atau mineral. Beberapa bentuk garam untuk boleh dikenalpasti termasuklah: asetate, bitartrate, choride, gluconate, hidrocloride, nitrate dan succinate.

5) Perhatikan label produk dengan mencari kata kunci yang menunjukkan supplement tersebut adalah sintetik. Perkataan yang berakhir dengan "ide" atau "ate" menunjukkan bahawa produk ini mengandungi molekul garam yang sintetik. Berikut contoh bahan yang selalu digunakan dalam membuat vitamin di pasaran:

Vitamin A: Acetate and Palmitate
Vitamin B1 (Thiamine): Thiamine Mononitrate, Thiamine Hydrochloride
Vitamin B2 (Riboflavin): Riboflavin
Pantothenic Acid: Calcium D-Pantothenate
Vitamin B6 (Pyridoxine): Pyridoxine Hydrochloride
Vitamin B12: Cobalamin
PABA (Para-aminobenzoic Acid): Aminobenzoic Acid
Folic Acid: Pteroylglutamic Acid
Choline: Choline Chloride, Choline Bitartrate
Biotin: d-Biotin
Vitamin C (Ascorbic Acid): Ascorbic Acid
Vitamin D: Irradiated Ergosteral, Calciferol
Vitamin E: dl-alpha tocopherol, dl-alpha tocopherol acetate or succinate


NOTE: The “dl” form of any vitamin is synthetic.

Saya harap perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memastikan makan tambahan atau supplement yang anda ambil setiap hari ialah benar-benar 100% SEMULAJADI ASLI.

Dan untuk pengetahuan anda, Shaklee antara syarikat terbesar di US yang menghasilkan 100% makanan tambahan semulajadi berasakan tumbuhan dan haiwan yang pastinya HALAL.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut:

               ZAKIAH ZAKARIA
                    019-2469026
 SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR





Allahamdulillah...Allahuakbar!

Hari ini hari pertama Lutfi bersekolah. Sepatutnya sudah masuk hari keempat. Tetapi Lutfi tidak. Kenapa lambat mula? 

Sejujurnya kami mengambil masa yang agak lama untuk hantar Lutfi ke montessori. Yalah..yuran montessori tidak sama seperti sekolah biasa..Saya pula baru mengambil keputusan bekerja dari rumah sahaja. Memang macam-macam bermain dalam fikiran. Tetapi syukur..Allah bagi kekuatan pada  kami untuk tunaikan hasrat murni ini. Kami yakin pasti Allah akan bantu kami walau apa jua sekali pun. Kami yakin rahmat Allah itu tersangat luas.


Alhamdulillah, setelah istiharah dan solat hajat, akhirnya kami nekad hantar Lutfi ke Noor Islamic Montessori yang dahulunya dikenali sebagai Nur Caliph Islamic Montessori yang terletak 10 minit dari kuarters kami. 




Lutfi with his new uniform.



New school..new environment




Auntie Didi menyambut Lutfi setiap hari.


Mengapa kami pilih montessori?



Saya dan suami lihat beliau jenis 'kinesthetic' kid. Motor skill beliau agak sedikit lemah berbanding adiknya, Kausar. Antara tanda-tandanya, Lutfi cepat stress jika gagal buat sesuatu melibatkan motor skill contohnya pakai seluar, masukan butang baju, asah pensil dan sebagainya. Di montessori, sistem pembelajarannya berbeza kerana mereka menggunakan kaedah praktikal atau 'hands on' . Environment english juga menarik perhatian kami. Kami mahu Lutfi belajar menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan lebih lancar.

Alhamdulillah, hari pertama Lutfi happy dan cepat sesuaikan diri. Kami doakan Lutfi dapat belajar dengan baik di sini sebelum dihantar ke sekolah tahfiz. Kami yakin dengan sistem montessori ini, bahagian otak kiri dan kanan Lutfi akan galak digunakan semaksimum mungkin. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat membantu beliau menghafal Al-quran kelak..Insha Allah...Mamayah doakan yang terbaik untuk Lutfi!


~Jom lihat sedikit info mengenai Montessori ini..Why montessori?





Untuk info lanjut boleh layari laman web mereka di www.nurcaliph.com

Berikut detail Nur Caliph Bandar Baru Bangi (Now known as NOOR MONTENSORI) yang boleh dihubungi

Boleh berurusan dengan Puan Didie. Baik dan mesra orangnya, insya Allah
No tel : 03-8925 7877/019-3168176 
Email : radziah@gmail.com
Alamat : No 15, Jalan 4/10, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

SHAKLEE STORY~~

Hari ni jalan-jalan ke FB kawan-kawan Shaklee yang lain..saya terjumpe satu posting & testimoni best pasal MIGRAIN..Jom kita baca sat..;)



"Kenapa sy suka sangat Nutriferon & Vita C??...

Just to share... saya dah 4 lo bulan tak makan panadol, ubat migrain, pain killer atau injection sedangkan saya ni adalah pesakit migrain terlampau...

Migrain sy bukan biasa2 punye migrain... bile dah kena serang sy akan mengalami muntah teruk sehingga badan dehydrated.... bile dah dehydrated, memang dah takde jalan lain selain dapatkan injection...

Sehingga hari tu pergi klinik doctor tanye ape jah jadi dengn awak sebab lame dah tak datang klinik?....saya gelak jer...hihi...then saya cakap amalkan makan shaklee sekarang...

Dengan pantas doctor cakap " wah shaklee tu memang bagus... baguslah awak dah jumpa alternatif selain dari amik drugs jer"...

Syukur sangat... bertahun sy mencari penawar sakit kepala akhirnya jumpa juga... sy ni mengalami sakit kepala sejak darjah 6 lagi... bertahun hidup bersama dadah...ohhh!!....

Sekarang memang jatuh cinta teramat pada Nutriferon & Vita C...Seriuss!!... 2 supplement ni dah jadi first aid kat rumah... wajib sentiasa ade!...

Sebabnya jugak, bila suami atau sesiapa saja mendapat demam, selesema, tidak sedap badan atau etc segera dapatkan nutriferon & vita c...

Bagi saya, sangat berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan untuk 2 supplement ajaib ni...

Hargai masa sihat anda..."


Credit to : Www.adniharlina.blogspot.com

Ha..best ke best pengalaman adni? best kan..saya sangat teruja baca testi die..Saya doakan anda yang ada masalah seperti Adni diberi kesembuhan dengan asbab mengambil supplement 100% nature based ini..SHAKLEE MEMANG BEST!

Hubungi saya untuk consultation PERCUMA sepanjang hayat! Pastikan anda tahu apa anda makan untuk tubuh anda!



Zakiah Zakaria (019-2469026)
108270
Shaklee Independent Distributor

Sunday, January 5, 2014

SUDAH HAMPIR 30 TAHUN!! 

Saya bangun pagi ini...terdetik dalam hati kecil,

" Adakah aku betul-betul sayangkan diri aku? Apa bukti aku sayangkan diri aku?Adakah hidup ini seperti apa yang aku impikan suatu ketika dahulu? Adakah aku berusaha bersungguh-sungguh untuk 'design' hidup aku sendiri? Betul ke apa yang aku pilih sekarang?"


Kita adalah apa yang kita fikirkan,  rasakan dan impikan. Bezanya sejauh mana kita yakin serta komited menggapainya

Saya seperti anda. Insan biasa punya impian dan cita-cita tinggi melangit!

Perjalanan hidup saya bermula seperti kanak-kanak lain. Dilahirkan sebagai satu-satunya anak perempuan dan anak terakhir dari empat adik beradik. Saya kira saya sangat bertuah kerana sering menjadi tumpuan keluarga besar samada sebelah emak mahupun sebelah ayah. Mempunyai seorang ibu dan ayah yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab. Kami empat beradik dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang. Ayah seorang pemandu di UKM. Manakala emak seorang surirumah yang bekerja dari rumah. Ada sahaja emak buat untuk bantu ayah menambah pendapatan kami anak-beranak. Antaranya mengambil upah menjaga anak-anak jiran,  membuat kueh, jual sarapan dan macam-macam lagi. Sepanjang membesar saya lihat ayah sebagai seorang yang sangat penyanyang, lemah lembut, susah untuk marah, sangat jujur, disenangi ramai, gigih mencari rezki, tidak kenal erti penat lelah...sehingga beliau sering mendapat anugerah pekerja cemerlang di UKM. Saya bertuah punyai mereka. Betul-betul bertuah!

Sejak kecil ayah dan emak sangat bercita-cita melihat saya berjaya hingga ke universiti. Ayah menyimpan impian besar agar suatu hari nanti saya bisa menjadi seorang ahli akademik. Maklumlah, kerja ayah sering membawa pelajar universiti dan pensyarah ke sana ke mari. Ayah memandang tinggi kepada golongan seperti mereka. Bagi ayah golongan ini golongan berjaya dalam hidup.

" Zakiah...belajar rajin-rajin...jangan jadi seperti ayah. Ayah dulu pandai..tapi wan (nenek) tak da duit nak tampung masuk sekolah tinggi agama ni. .." 

Itu yang ayah 'program'kan dalam subconcious mind saya dari dulu. Teringat dahulu ayah sering ulang dan cakap benda yang sama semasa saya menuntut di SMKA SHAMS, Seremban. Ada satu ketika terlihat air mata jernih mengalir ke pipi ayah.


Sekolah ini banyak mendidik jiwa saya. Terlalu banyak kenangan manis serta kejayaan saya terpahat di sini. Saya benar-benar rindu bi'ah solehah di sini...


Ya Allah...sungguh apa yang saya ada hari ini semua berkat dari doa yang tidak putus-putus dari mak ayah..Alhamdulilah..segulung ijazah berjaya saya genggam hadiah buat mereka. Namun, perjalanan hidup saya tak 'secantik' seperti yang mak ayah impikan.

Saya melalui fasa-fasa kehidupan yang saya kira mencabar serta mendidik saya menjadi lebih dewasa. Berkahwin di usia 23 tahun, masih tiada pekerjaan tetap dan masih belum sempat membantu menampung sepenuhnya belanja mak dan ayah. Saya kira, perjalan hidup saya selama 30 tahun ini sangat menguji saya (saya just go through..saya tak pernah terfikir sedalamnya...). Saya kira saya seorang yang sangat 'risk taker' dalam hidup saya. Banyak perkara yang orang lain rasa 'best' saya lepaskan. Pernah digelar tidak sabar dan 'bodoh' dek kerana melepaskan jawatan sebagai Pensyarah kontrak semata-mata mengikut suami posting ke Sarawak. Itu episod yang benar-benar mendidik saya. Berhijrah ke tempat orang memang mendidik jiwa.


Keramat hidup kami..Tanpa mereka, fasa 30 tahun hidup ini serta seterusnya tak akan bermakna!

Walau apapun,saya yakin segala cabaran, liku-liku hidup saya selama 30 tahun di muka bumi Allah ini penuh dengan hikmah. Saya yakin Allah tidak pernah meninggalkan saya walau sesaat! Dan..di saat saya menaip ini...sekali lagi...saya dan suami mengambil risiko yang saya kira besar dalam hidup kami, saya memilih menjadi WAHM (working at home mum) biarpun bergelar graduan siswazah yang layak menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan. Walaupun, niat asal melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana hanya untuk meraih pendapatan bulanan yang lebih tinggi (niat pun dah salah...). Namun, selama go through learning proses, it really 'woke up' me and my husband--nak cerita terlalu banyak! 

Walau apa pun...saya yakin, tahun ini tahun rahmat buat kami..Saya yakin tahun ini bakal merubah hidup kami sekeluarga. Saya tak akan sia-sia kan peluang dan platform yang sudah tersedia di hadapan mata. WAHM: I prove that i can!


{Buatlah sesuatu kerana Allah...di awalnya Allah..di akhirnya Allah..}