"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada [sifat] pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday, January 7, 2014

Allahamdulillah...Allahuakbar!

Hari ini hari pertama Lutfi bersekolah. Sepatutnya sudah masuk hari keempat. Tetapi Lutfi tidak. Kenapa lambat mula? 

Sejujurnya kami mengambil masa yang agak lama untuk hantar Lutfi ke montessori. Yalah..yuran montessori tidak sama seperti sekolah biasa..Saya pula baru mengambil keputusan bekerja dari rumah sahaja. Memang macam-macam bermain dalam fikiran. Tetapi syukur..Allah bagi kekuatan pada  kami untuk tunaikan hasrat murni ini. Kami yakin pasti Allah akan bantu kami walau apa jua sekali pun. Kami yakin rahmat Allah itu tersangat luas.


Alhamdulillah, setelah istiharah dan solat hajat, akhirnya kami nekad hantar Lutfi ke Noor Islamic Montessori yang dahulunya dikenali sebagai Nur Caliph Islamic Montessori yang terletak 10 minit dari kuarters kami. 




Lutfi with his new uniform.



New school..new environment




Auntie Didi menyambut Lutfi setiap hari.


Mengapa kami pilih montessori?



Saya dan suami lihat beliau jenis 'kinesthetic' kid. Motor skill beliau agak sedikit lemah berbanding adiknya, Kausar. Antara tanda-tandanya, Lutfi cepat stress jika gagal buat sesuatu melibatkan motor skill contohnya pakai seluar, masukan butang baju, asah pensil dan sebagainya. Di montessori, sistem pembelajarannya berbeza kerana mereka menggunakan kaedah praktikal atau 'hands on' . Environment english juga menarik perhatian kami. Kami mahu Lutfi belajar menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan lebih lancar.

Alhamdulillah, hari pertama Lutfi happy dan cepat sesuaikan diri. Kami doakan Lutfi dapat belajar dengan baik di sini sebelum dihantar ke sekolah tahfiz. Kami yakin dengan sistem montessori ini, bahagian otak kiri dan kanan Lutfi akan galak digunakan semaksimum mungkin. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat membantu beliau menghafal Al-quran kelak..Insha Allah...Mamayah doakan yang terbaik untuk Lutfi!


~Jom lihat sedikit info mengenai Montessori ini..Why montessori?





Untuk info lanjut boleh layari laman web mereka di www.nurcaliph.com

Berikut detail Nur Caliph Bandar Baru Bangi (Now known as NOOR MONTENSORI) yang boleh dihubungi

Boleh berurusan dengan Puan Didie. Baik dan mesra orangnya, insya Allah
No tel : 03-8925 7877/019-3168176 
Email : radziah@gmail.com
Alamat : No 15, Jalan 4/10, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

No comments:

Post a Comment